Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maan ahabba liqaa Allah, anabballahu liqaa’ahu wamam karina liqaa Allahi karihallahu liqq’ahu bermaksud: Siapa
yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa
yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.
Seseorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat khabar gembira bahawa ia diridhoi Allah s.w.t. dan akan mendapat syurga, maka ia lebih suka segera mati daripada terus hidup, maka Allah s.w.t. menyambutnya dengan limpahan kurnia rahmatNya dan sebaliknya orang kafir ketika melihat siksa Allah s.w.t. yang akan diterimanya, ia akan menangis dan enggan (tidak suka) mati dan Allah s.w.t. juga menjauhkannya dari rahmat dan akan menyiksanya.
Sufyan Atstsauri berkata: “Hadis ini tidak bererti bahawa kesukaan mereka untuk bertemu kepada Allah s.w.t. itu yang menyebabkan Allah s.w.t. kasih kepada mereka, bahkan bererti kesukaan mereka untuk bertemu dengan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. kasih kepada mereka. Sebagaimana ayat Yuhibbuhum wayuhibbunahu (yang bermaksud) Allah kasih kepada mereka, maka mereka cinta kepada Allah juga. Juga didalam hadis: Idza ahabballahu abdan syagholahu bihi (yang bermaksud) Jika Allah kasih kepada seorang hamba, maka disibukkan dengan dzikir dan selalu ingat kepadanya.”
Ketika Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. tidak suka bertemu kepadanya. Sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kita semua tidak suka mati.” Jawab Rasulullah s.a.w. “Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang Malaikat yang membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. sebaliknya orang kafir jika akan mati datang Malaikat yang mengancamnya dengan siksaan Allah s.w.t., yang akan dihadapi sehingga ia tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t.“
Abul-Laits dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hadditsu an Bani Isra’il wala haraj, fa innahum qaumun qad kaana fahimul a’aajib (yang bermaksud) Kami boleh bercerita tentang bani Isra’il, dan tidak ada dosa, kerana pada mereka telah terjadi berita-berita yang aneh-aneh (ganjil-ganjil).
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan:
Terjadi serombongan Bani Isra’il keluar sehingga sampai diperkuburan,
lalu mereka berkata: “Andaikata kita sembahyang disini kemudian berdoa
kepada Tuhan supaya keluar salah seprang yang telah mati disini lalu
menerangkan kepada kami bagaimana soal mati, maka sembahyanglah mereka
kemudian berdoa, tiba-tiba ada orang telah menonjolkan kepalanya dari
kuburan berupa hitam, lalu bertanya: “Hai kaum, apakah maksudmu, demi Allah saya
telah mati sejak sembilan puluh tahun yang lalu, maka hingga kini belum
hilang juga rasa pedihnya mati kerana itu berdoalah kamu kepada Allah untuk mengembalikan aku sebagaimana tadi, padahal orang itu diantara kedua matanya ada tanda bekas sujud.”
Abul-Laits berkata: “Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap
sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan
meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah
datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah
menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk
menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi
penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia ini jauh lebih ringan
dibandingkan dengan siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari
siksaan akhirat.”
Abdullah bin Miswar Al-Hasyimi berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: “Saya datang kepadamu supaya kau ajarkan kepadaku ilmu-ilmu yang ganjil.” Ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.: “Kau telah berbuat apa terhadap pokok ilmu? Orang itu bertanya: “Apakah itu pokok ilmu?” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: “Apakah kau telah mengenal Tuhan Azzawajalla.? Jawabnya: “Ya.” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Maka apakah yang telah kau kerjakan pada haknya?” Jawabnya: “Masyaallah. (Yakni apa yang dapat dikerjakan). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Laksanakan itu sebenar-benarnya, kemudian kamu kembali untuk saya
ajarkan kepadamu ilmu yang ganjil-ganjil.” Kemudian setelah beberapa
tahun ia datang kembali maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
kepadanya: “Letakkan tanganmu didadamu (hati), maka apa yang kau tidak
suka untuk dirimu, jangan kau lakukan terhadap saudaramu sesama muslim,
dan yang kau suka untuk dirimu, lakukanlah sedemikian terhadap saudaramu
sesama muslim, dan ini termasuk dari ghoro ibul ilmi (ilmu yang ganjil-ganjil).” Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa persiapan untuk maut itu termasuk pokok dari ilmu, kerana itu harus diutamakan sebelum lain-lainnya.
Abdullah bin Miswar berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat yang berbunyi: Faman
yaridillah an yahdiyahu yasy-rah shadrahu lil islam, waman yurid an
yudhillahu yaj’al shadrahu dhayyigan harajan, ka’ annama yash-sh’adu
fissamaa’i. (yang bermaksud) Maka siapa yang dikehendaki mendapat hidayat, dilapangkan dadanya untuk menerima Islam, dan siapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatan maka menjadikan dadanya sempit sukar, bagaikan akan naik kelangit. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Nur Islam jika masuk kedalam hati maka lapanglah dada.” Nabi Muhammad s.a.w. lau ditanya: “Apakah ada tandanya?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya, menjauh dari tempat-tempat tipuan dan condong pada tempat yang kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelum tibanya.”
Ja’far bin Barqaan dari Maimun bin Mahran berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. ketika
menasihati seseorang bersabda yang bermaksud: “Pergunakanlah lima
sebelum tibanya lima, Mudamu sebelum tu amu, sihat mu sebelum sakit mu,
longgar mu (kelapangan) sebelum sibuk mu, kaya mu sebelum kekurangan mu
(miskin) dan hidup mu sebelum mati mu.”
Dalam pelajaran ini Nabi Muhammad s.a.w. telah
menghimpunkan ilmu yang banyak, sebab seseorang dewasa akan dapat
berbuat apa yang tidak dapat dilakukan sesudah tua, pemuda jika biasa
berbuat dosa, sukar baginya menghentikannya jika telah tua, maka
seharusnya seorang pemuda membiasakan dirinya berbuat baik dimasa muda
supaya ringan baginya melakukannya apabila telah tua. Demikian pula
ketika sehat sebelum sakit, seharusnya masa sehat itu digunakan untuk
lebih rajin berbuat amal soleh, sebab jika telah sakit pasti lemah
badannya dan kurang kekuasaan dalam mempergunakan harta kekayaannya.
Demikian dimasa luang sebelum sibuk, yakni diwaktu malam yang lapang,
sedang diwaktu siang sibuk, kerana itu hendaklah sembahyang malam dan
puasa siang terutama dimusim dingin sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Musim dingin itu keutungan bagi seorang mukmin, panjang malamnya maka
digunakan untuk sembahyang, dan pendek siangnya maka digunakan puasa.”
Dalam lain riwayat: “Malam itu panjang maka jangan kau singkat dengan tidurmu, dan siang itu terang maka jangan kau gelapkan dengan dosa-dosamu.”
Demikian pula gunakan kesempatan masa kaya dan cukup sebelum masa
berkurang dan miskin, yakni dimasa kau masih merasa serba kecukupan dan
tidak berhajat kepada apa yang ditangan orang. Dan terutama masa hidup
sebelum mati, sebab tiap detik dari hidupmu itu sebagai permata yang
sangat besar harganya bila kau gunakan benar-benar untuk kesejahteraan
dunia dan akhiratmu.
Ada peribahasa Persia yang demikian ertinya: Jika kau masih kecil
bermain bersama anak-anak kecil dan bila telah remaja lupa kerana banyak
hiburan, lalu bila tua lemah dan tidak kuat, maka bilakah akan beramal
untuk Allah s.w.t,
sebab bila telah mati tidak akan dapat berbuat apa-apa bahkan semua
amal perbuatan telah terhenti, kerana itu harus kau gunakan benar-benar
masa hidup untuk segala sesuatu yang akan membawa keselamatan dunia
akhirat, dan bersiap-siap menghadapi maut yang sewaktu-waktu akan tiba
kepadamu.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. melihat Malaikat Maut didekat kepala seorang sahabat Anshar, maka Nabi Muhammad s.a.w.berkata kepadanya: “Kasihanilah sahabatku kerana ia seorang mukmin.” Jawab Malaikat Maut: “Terimalah khabar baik hai Muhammad, bahawa aku terhadap tiap mukmin sangat belas kasihan, demi Allah, ya Muhammad, aku mencabut roh seorang anak Adam, maka bila ada orang menjerit dari keluarganya, aku katakan: “Mengapa menjerit, demi Allah
kami tidak berbuat aniaya dan tidak mendahului ajalnya, maka kami tidak
ada salah dalam mencabut rohnya, maka bila kamu rela dengan hukum Allah
kamu mendapat pahala, dan jika kamu murka dan mengeluh kamu berdosa,
dan kamu usah mencela kami, sebab masih akan kembali maka
berhati-hatilah kamu. Dan tiada penduduk rumah batu atau bambu, kain
bulu didarat atau laut melainkan aku perhatikan wajahnya tiap kali lima
kali, demi Allah ya Muhammad andaikan aku akan mencabut roh nyamuk tiada dapat kecuali bila mendapat perintah dari Allah s.w.t. untuk mencabutnya.”
Abu Said Alkhudri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat orang-orang yang tertawa maka Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Andaikan kamu banyak ingat mati yang menghapuskan kelazatan, nescaya
kamu tidak sempat sedemikian.” “Sesungguhnya kubur itu adakalanya
sebagai kebun dari kebun-kebun syurga atau salah satu jurang neraka.”
Umar r.a. berkata kepada Ka’ab: “Terangkanlah kepada kami tentang
maut.” Ka’ab berkata: “Maut itu bagaikan pohon berduri dimasukkan
kedalam tubuh anak Adam, maka tiap duri berkait dengan urat, lalu
dicabut oleh seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang
terputus, dan meninggalkan apa yang masih tinggal.”
Sufyan Atstsauri jika ingat mati, maka ia tidak berbuat apa-apa sampai
beberapa hari, bahkan jika ditanya masalahnya, ia hanya menjawab: “Tidak
tahu.” Seorang hahim berkata: “Tiga macam yang tidak layak dilupakan
oleh seorang yang sihat akalnya iaitu rosaknya dunia dan
perubahan-perubahannya, dan maut, dan kerosakan-kerosakan apa yang
didunia, yang tidak dapat dielakkan.”
Hatim al-Asham berkata: “Empat macam yang tidak dapat menilai dan merasakannya kecuali empat iaituHARGA (NILAI) KEPEMUDAANtidak diketahui kecuali oleh orang yang telah tua, HARGAKESIHATAN tidak diketahui benar-benar oleh orang kecuali oleh orang-orang yang sakit, HARGAKESELAMATAN tidak dapat diketahui kecuali oleh orang-orang yang kena bala dan HARGANILAIHIDUP tidak diketahui benar-benar kecuali oleh orang-orang yang telah mati.”
Abul-Laits berkata: “Keterangan ini sesuai dengan hadis yang tersebut iaitu: Jagalah lima sebelum tibanya lima lawannya.”
Abdullah bin Amr bin Al-Ash berkata: “Ayahku sering berkata: “Saya
hairan kepada orang yang sihat akal dan lidahnya ketika dihinggapi maut
mengapa tidak suka menerangkan sifat maut itu.” Kemudian ia dalam
sakaratul maut itu sedang masih sedar akalnya saya berkata kepadanya:
“Ayah, kau dahulu hairan terhadap orang yang sihat akal dan lidahnya
mengapa tidak menceritakan tentang hal maut?” Jawab Amr: “Anakku, maut
itu sangat ngeri dan dahsyat, tidak dapat disifatkan tetapi saya akan
menrangkan sedikit kepadamu, demi Allah s.w.t.,
ia bagaikan bukit Radhwa diatas bahuku, sedang rohku seakan-akan keluar
dari lubang jarum, sedang dalam tubuhku seplah-olah ada pohon berduri,
sedang langit seakan-akan telah rapat dengan bumi sedang saya
ditengah-tengahnya. Hai puteraku, sebenarnya aku telah mengalami tiga
masa, pertama saya kafir dan berusaha benar untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.,
maka alangkah celaka diriku sekiranya aku mati pada masa itu. Kkedua,
kemudian aku mendapat hidayat sehingga masuk Islam dan sangat cinta pada
Nabi Muhammad s.a.w.sehingga
saya selalu diangkat menjadi pemimpin pasukan yang dikirimnya, alangkah
bahagianya sekiranya saya mati ketika itu, nescaya saya akan mendapat
berdoa restu Nabi Muhammad s.a.w., kemudian ketiga, kami sibuk dengan urusan dunia, kerana itu saya tidak ketahui bagaimana keadaanku disisi Allah s.w.t.” Abdullah berkata: Maka saya tidak bangun dari tempatnya sehingga mati disaat itu. Rahimahullah.”
Syaqiq bin Ibrahim berkata: “Orang-orang sependapat dengan aku dalam
empat macam tetapi perbuatan mereka berlawanan. Pendapat aku yang
pertama mereka mengaku hamba Allah tetapi berbuat seperti orang yang
merdeka bebas, mereka mengaku Allah s.w.t. menjamin
rezeki tetapi hati tidak tenang bila tidak ada kekayaan ditangan
mereka, mereka mengaku akhirat lebih baik dari dunia tetapi mereka hanya
mengumpulkan harta untuk dunia semata-mata dan mereka mengaku pasti
mereka akan mati tetapi berbuat seperti orang yang tidak akan mati.”
Abud-Dardaa atau Salman Alfarisi atau Abu Dzar r.a. berkata: “Tiga
macam mengkagumkan aku sehingga aku tertawa, dan tiga yang menyedihkan
aku hingga aku menangis, adapun yang mentertawakan aku ialah, orang yang
panjang angan-angan hidup padahal ia dikejar oleh maut, dan sama sekali
tidak memikirkan akan mati, orang yang lupa terhadap maut padahal maut
tidak lupa padanya dan orang yang tertawa padahal ia belum mengetahui
apakah Allah s.w.t. ridha padanya ataupun murka. Adapun yang menangiskan aku ialah berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.dan kawan-kawannya, memikirkan dahsyatnya maut bila tiba saatnya dan memikirkan kelak bila berhadapan kepada Allah s.w.t., akan diperintahkan kemana aku ini, apakah ke syurga atau keneraka.”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Andaikan
binatang-binatang itu mengetahui tentang mati sebagaimana yang kamu
ketahui nescaya kamu tidak dapat makan daging binatang yang gemuk
selamanya.”
Abu Hamid Allafaf berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka
dimuliakan dengan tiga macam iaitu segera bertaubat dan terima terhadap
rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadat. Sedangkan yang selalu lupa
akan mati, terkena akibat tiga macam juga iaitu menunda-nunda taubat,
tamak dalam rezeki dan malas beribadat.”
Nabi Isa a.s. biasa menghidupkan orang mati, maka ditegur oleh orang
kafir dengan berkata: “Kau hanya dapat menghidupkan orang yang baru
mati, kemungkinan belum mati benar orang itu, maka cuba hidupkan orang
yang dulu-dulu itu.” Nabi Isa a.s. pun berkata: “Kamu pilih sendiri
siapa yang kamu minta saya hidupkan.” Mereka berkata: “Hidupkan Sam bin
Nuh a.s..” Lalu nabi Isa a.s. pergi kekuburnya dan disana didirikan
sembahyang dua raka’at dan berdoa kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. menghidupkan
Sam bin Nuh a.s. dalam keadaan rambut dan janggutnya telah putih, maka
ditanya oleh Nabi Isa a.s.: “Mengapa kamu berubah padahal pada waktu
kamu mati dahulu belum ada uban?” Jawab Sam bin Nuh a.s.: ” Ketika aku
dengar panggilan untuk keluar aku kira hari kiamat kerana itu rambutku
langsung menjadi putih kerana ketakutan.” Lalu ditanya lagi: :Berapa
lama kamu matu?” Jawab Sam: “Sejak empat ribu tahun yang lalu dan belum
hilang rasa pedihnya maut!”
Tiada seorang mukmin mati melainkan ditawarkan kepadanya kembali hidup
didunia, tetapi ia menolak kerana beratnya sakaratul maut, kecuali orang
yang mati syahid, mereka tetap ingin hidup kembali didunia untuk
berperang dan mati syadih lagi, sebab mereka tidak merasakan sakitnya
sakaratul maut, juga kerana merasakan kebesaran kehormatan orang yang
mati syahid disisi Allah s.w.t.
Ibrahim bin Ad’ham ketika ditanya: “Mengapakah kau tidak mengajar?” Jawabnya: “Saya masih sibuk
dengan empat macam, bila selesai urusan empat macam itu saya dapat
mengajar.” Ditanya lagi: “Apakah yang empat macam itu?” Jawabnya: “Saya
sedang memikirkan yaumul mistaq ketika Allah s.w.t. menentukan
Anak Adam. Mereka ini untuk syurga dan mereka ini untuk neraka, saya
tidak mengetahui termasuk golongan yang mana satu. Saya juga memikirkan
kejadian manusia ketika diperut ibunya ketika akan diberi roh dan
Malaikat disuruh mencatat untung atau celaka, sayapun tidak mengetahui
dari golongan manakah saya, saya juga memikirkan nanti dimasa
malakulmaut datang kepadaku lalu bertanya kepada Allah s.w.t.: Apakah roh orang ini digolongkan orang muslimin atau bersama orang kafir, sayapun belum mengetahui bagaimana jawab Allah s.w.t. kepada malaikat itu dan yang terakhir saya memikirkan tentang ayat yang berbunyi Wan tazul yauma ayyuhal mujrimum. (Yang bermaksud) Berpisahlah kamu hari ini hai orang yang derhaka. Saya belum mengetahui dalam golongan manakah saya ini.”
Abul-Laits berkata: “Sungguh untung orang -orang yang diberi Allah s.w.t. pengertian dan disedarkan dari kelalaian, dan dipimpin sehingga berfikir bagaimana akhirnya mati. Semoga Allah s.w.t. menjadikan
penghabisan umur kami dalam kebaikan, serta mendapat khabar gembira,
sebab orang mukmin pasti mendapat khabar gembira ketika maut, iaitu
dalam ayat Innal
ladziina qaalu robbunallahu tsummas taqaamu tatanazzalu alaihimul
malaikatu alla takhaafu wala tahzannu, wa absyiru biljannatillati kuntum
tuu’adun. Nahnu auliyaa’akum fil hayaatiddunya wafil akhiroti. (Yang bermaksud)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, percaya benar-benar kepada Allah
dan Rasullullah, kemudian tetap istiqomah dalam menunaikan kewajipan
dan meninggalkan larangan istiqamah dalam kata dan perbuatannya
mengikuti benar-benar sunnatur Rasul, maka akan datang kepadanya
Malaikat menyampaikan khabar gembira. kamu jangan takut dan jangan
susah, dan bergibaranlah kamu akan mendapat syurga yang dijanjikan,
kepadamu.Sebagaimana diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Khabar gembira itu terdapat dalam lima bentuk:
-
Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin, dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.
-
Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima, dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala, kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.
-
Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua sudah diampuni, dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.
-
Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir mahsyar atau hisab, dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.
-
Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat, dan jangan berduka sebab Allah s.w.t. akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.
Dan sungguh untung orang yang mendapat berita gembira pada ketika
matinya, sebab berita gembira hanya untuk orang mukmin yang baik amal
perbuatannya maka turunlah Malaikat kepadanya lalu bertanya: “Siapakah
kamu, kami tidak melihat muka yang lebih elok dari kamu dan yang lebih
harum dari baumu?” Jawab Malaikat: “Kamu dahulu kawanku yang mencatat
amalmu ketika didunia, dan kami juga menjadi kawanmu diakhirat.”
Maka seharusnya bagi orang yang berakal sedar dari kelalaiannya, dan tanda kesedaran itu ada empat iaitu:
-
Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merasa masih banyak waktu.
-
Memerhatikan urusan akhirat dengan cermat dan sungguh kerana merasa waktunya mendesak dan tidak dapat ditunda.
-
Mengatur urusan agama dengan rajin-rajin mencari ilmunya.
-
Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling nasihat dan sabar, dan yang paling utama ialah orang yang mempunyai lima sifat iaitu:
-
(1)Tekun beribadat kepada Tuhan
-
(2)Sangat berguna terhadap sesama manusia
-
(3)Semua orang merasa aman dari gangguan
-
(4)Tidak iri terhadap orang lain
-
(5)Selalu bersiap untuk menghadapi maut.
Ketahuilah saudara bahawa kami dijadikan untuk mati, dan tidak dapat lari daripadanya. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Innaka mayyitun mainnahum mayyitun Engkau akan mati dan mereka juga akan mati. Dan Firman Allah s.w.t. Qul lan yanta’akumul firaaru in farartum minal mauti awil qatli katakanlah: (Yang bermaksud)
Tidak akan berguna bagimu lari menghindari maut, jika kamu lari dari
maut atau perang, kerana demikian keadaannya maka kewajipan seorang
muslim harus siap-siap benar untuk maut sebelum tibanya. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Walan yatamannauhu abada in kuntum shadiqin (Yang bermaksud) Inginkanlah mati jika kau benar-benar dalam imanmu.Firman Allah s.w.t. lagi Walan yatamannauhu abada bima qoddammat aidihim.(Yang bermaksud) Dan mereka tidak akan ingin mati kerana mengetahui amal kejahatan dirinya.
Dalam kedua ayat ini maka nyatalah Allah s.w.t. menjelaskan bahawa seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas kepada Allah s.w.t. tidak gentar akan mati bahkan rindu kepada kematian untuk segera bertemu dengan Allah s.w.t. dan sebaliknya orang munafik, ia akan lari kerana merasakan amal perbuatannya sangat sedikit.
Abud-Dardaa r.a. berkata: “Saya suka kepada kemiskinan kerana itu
sebagai tawadhu’ merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka penyakit
sebab itu sebagai penebus dosa, dan aku suka kepada kematian kerana
rindu kepada Tuhanku.”
Abdullah bin Mas’uud r.a. berkata: “Tiada seorang yang hidup melainkan
mati itu lebih baik baginya, jika ia baik, maka firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi) Wama indallahi khoirun lil abrar (Yang bermaksud) Apa yang disediakan oleh Allah lebih baik bagi orang yang bakti taat. Dan bila ia derhaka, maka friman Allah s.w.t. (Yang berbunyi) Inamma numli lahum liyazdadu itsma walahum adzabun muhim. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Kami membiarkan mereka supaya bertambah dosa, dan untuk mereka bersedia siksa yang sangat hina.
Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Almautu rahitul mu’min (Yang bermaksud) “Mati itu bagaikan kenderaan seorang mukmin. Ibn Mas’ud r.a. berkata: Nabi Muhammad s.w.t. ditanya: “Siapakah mukmin yang utama dan yang manakah yang terkaya?” Rasullullah s.a.w. menjawab: “Yang terbaik budi akhlaknya, dan mukmin yang terkaya ialah yang banyak ingat mati dan baik persediaannya.”
Nabi Muhammassd s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang
yang sempurna akal ialah yang selalu memeriksa dirinya dan beramal
untuk bekal sesudah mati. Sedang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan
hawa nafsunya, dan mengharapkan pengampunan Allah.”(Yakni tanpa amal).
0 komentar:
Posting Komentar